Kita sedang menyusuri perjalanan "one-way" ke perkampungan yang kekal abadi. Pelbagai fasa dan checkpoint telah, sedang & akan ditempuhi. Kita sedang berada di kehidupan dunia, untuk transit sekejap cuma. Walaupun siapa pun kita, apa pun tanggungjawab kita, ianya perlu berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, agar kita tidak sesat jalan. Jalan kehidupan pastinya berliku, penuh onak duri, kerana Syurga Allah mahal harganya. Semoga Allah beri kita kekuatan untuk istiqamah di jalanNya dan peroleh rahmat serta redha Allah untuk kita memasuki JannahNya.