Kita tidak ingin tergolong dalam kategori manusia yang dikatakan Allah dalam ayat-ayat Nya, antaranya:

  •  ·       Surah Al-Fajr, ayat 18:

“dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin"

 

  • ·         Surat Al-Munafiqun, ayat 10:

Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Rabb-ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian)ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?"

 

 

 

 

 

Kongsi maklumat untuk turut sama menyumbang atau praktikkan:

a) Taja air di masjid -  rasanya dapat idea daripada adik saya yang tinggal di KB. Sebelum buat, macam-macam persoalan dalam fikiran....ditimbulkan oleh syaitan! - nanti orang curilah, kosnya tinggilah, penyumbang berhenti menyumbang sekerat jalan lah, tak dapat kerjasama AJK masjidlah, ada ke masa nak uruskan dan bermacam lagi. Syaitan cucuk jarumnya tak nak bagi manusia buat kebaikan. Bila dah buat sejak Mac 2015, tiada masalah hingga sekarang, ALHAMDULILLAH. Selepas lawatan pertama ke kedai, pembekal air datang sendiri ke masjid untuk ambil bolong kosong dan bawa bolong baru. Bayaran pula hanya perlu transfer ke akaun pembekal. Mula-mula ada gelas plastik yang hilang tetapi diganti pula oleh entah sapo...

 b) Sumbang barangan keperluan harian kepada keluarga miskin - bagi sesetengah daripada kita, kehidupan keluarga sendiri jikapun tidak mewah, ianya selesa. Nok tukar handphone boleh, anok-anok nok makan di retoran fast food sekali sekala boleh, nok gi cuti dekat-dekat boleh...malah ada yang lebih daripada itu - gi umrah/cuti setiap tahun. Namun, pernah dok kita ambil tahu hal orang lain (adik-beradik, saudara mara, jiran tetangga, rakan taulan)?. Salahkah kita berusaha gigih, dapat kemewahan dan kecapi kemewahan?. Bagaimana pula keperihatinan kita kepada orang lain, terutama yang kurang bernasib baik?. Sempurnakah keimanan kita jika hanya cakna hal diri serta keluarga tapi tidak kepada orang lain?. Mungkin kita kena hayati ayat-ayat dalam surah al-Fajr. Justeru, kami kumpul sumbangan, beli barangan keperluan harian dan agihkan kepada keluarga-keluarga miskin. Barangan bernilai RM80/keluarga. Boleh join kami untuk gi beli barangan, packing dan edarkan. Percayalah, lain macam sekali rasanya bila kita gi agih sendiri kepada keluarga-keluarga terbabit. Kita sibuk. Kita tiada masa. Kekadang kesibukan dan ketiadaan masa kita adalah untuk cari lebih daripada yang kita perlu. Intailah masa dan ruang untuk sekali sekala "turun padang"....sementara masih ada peluang!.

 c) Sumbangan semasa bencana

 

 

Hubungi saya jika ingin membeli buku ini: 019-917 3234 (Nazif)