Kita tahu kesan buruk jerebu kepada kesihatan. Kita nasihat kepada ahli keluarga/masyarakat, “pakai mask tu!”, “kurangkan aktiviti luar lah...IPU tahap tidak sihat/sangat tidak sihat...bahaya!”.

Sebab apa kita buat begitu?. Jawabnya sebab kita SAYANG.

 

Allah royat lama dah dalam al-Qur’an agar kita jaga diri serta ahli keluarga daripada api neraka (rujuk Surah al-Tahrim, ayat 6). Kita suruh/tegur atau tidak anak/isteri/suami/ahli keluarga untuk tutup aurat?. Adakah kita ambil peranan amal makruf nahi mungkar....contohnya, ”Janganlah buat maksiat (?/?/?), Neraka tu azab!”.

 

Betul ke kita sayang diri, ahli keluarga kita, rakan, jiran, masyarakat?.

 

Alangkah bagusnya jika di rumah, kejiranan, syarikat/organisasi, jalanraya, TV & radio, di ruang menunggu, taman-taman kita ada iklan/signboard/banner/label peringatan (amal makruf, nahi mungkar).