Pada 21 Sept 2015 (Isnin), kami warga UiTM Terengganu kehilangan 2 rakan sekerja dalam sehari - Allahyarhamah Sarimah (Kak Mah drp Fakulti Perakaunan) dan Ustaz Azam (ACIS). Kemudian, kami dikejutkan pula dengan pemergian sahabat kami, PM Dr Siti Haryati (Fakulti Pengurusan Perniagaan), yang meninggal dunia semasa mengerjakan haji di tanah suci Mekah. Jadi, kehilangan 3 sahabat, rakan sekerja dalam masa seminggu. AlFatihah dan semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Arwah Kak Mah dikebumikan di sebelah malam di kubur Gong Pasir Dungun. Semasa menghadirinya, saya ambil gambar "taman perumahan" tempat sahabat kami beristirehat....hening, sunyi dan sepi. Semoga rumah baru mu menjadi salah satu daripada taman Syurga. Kamu telah menghuninya dan kami pasti menyusul....Allahuakbar!